top of page

Tentang Kami

     Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan sesebuah masyarakat. Wanita merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat (Abd. Rahim 1998). Rasulullah s.a.w. ketika mengerjakan haji wida’ telah meninggalkan pesanan-pesanan yang begitu menikam kalbu para sahabat ketika itu. Antara pesanan baginda ialah “Aku berpesan agar kamu melayan kaum wanita dengan baik” .

 

     Kecanggihan hidup hari ini melahirkan masyarakat yang sangat kompleks. Seharusnya juga dakwah pada zaman ini memenuhi keperluan semasa dengan persediaan yang cukup dari segi teknologi ICT, keilmuan yang tinggi (ulama menjadi intelektual dan golongan intelektual menjadi ulama), memahami dan menguasai isu dan masalah semasa, kepelbagaian metodologi dakwah sesuai dengan sasaran. Pasca moden adalah satu wajah baru yang di bawa oleh Barat untuk menghapuskan semangat bangsa dan rasa izzah sebagai seorang Islam. Penyerapan idea ini ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam berlaku dalam keadaan yang halus dan tersusun. Dalam konteks bangsa Melayu, wanita Melayu yang hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia, situasi ini perlu difahami dan ditangani dengan bijak dan tegas.

 

     Era pasca moden akan menjadikan wanita, manusia tanpa bangsa dan tanpa agama yang akan menjadikan kita manusia yang tiada agenda, identiti dan jati diri. Manusia yang tiada identiti dan jati diri akan sentiasa tunduk dan dipergunakan oleh orang lain. Sehubungan dengan itu, Pusat Islam UTM Kuala Lumpur & Johor Bharu terpanggil untuk membangkitkan kesedaran di kalangan wanita khususnya berkenaan permasalahan ini agar tidak terjerat dalam perangkap agenda yang diatur oleh Barat dengan mengadakan Konvensyen Wanita Kebangsaan. Semoga dengan konvensyen ini wanita dapat bangkit dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup serta meletakkan agama sebagai pertimbangan dan neraca kehidupan. Inilah sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada terpengaruh dengan budaya dan fahaman yang dibawa dalam era pasca moden. Inilah juga yang boleh menyelamatkan bangsa kita daripada terus bergelumang dengan maksiat dan kemurkaan Allah s.w.t.

 

Matlamat

 

Memberikan kesedaran kepada wanita berkenaan cabaran masa kini yang terpaksa dihadapi oleh mereka serta garis panduan untuk mengatasinya berlandaskan Syariat Islam.

 

 

Objektif

 

Membahaskan cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini dalam pelbagai isu pemikiran semasa.

 

Memahami disamping melaksanakan tuntutan syarak berhubung keperluan dan kedudukan wanita dalam pekerjaan dengan batas-batas serta keutamaan yang telah ditetapkan.

 

Mengenalpasti cabaran-cabaran mendesak yang dihadapi oleh generasi muda yang baru menyertai alam pekerjaan.

 

Memberikan tunjuk arah atau bimbingan kepada wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan berlandaskan garis panduan syariat.

 

Memberikan kesedaran serta menggalakkan wanita memberikan sumbangan semaksima mungkin dalam pelbagai bidang berdasarkan kemahiran dimiliki selaras dengan tuntutan syarak.

Senarai Hotel Yang Berhampiran

 

1) Scolar's Inn UTM KL (www.scholarsinn.com.my)

- starts at RM 140

- Dalam kampus

 

2) BATC

03- 26154774 ( BAHAGIAN TEMPAHAN RUANG & PENGINAPAN)

- Dalam kampus

 

3) corus hotel (www.corushotelkl.com)

- starts at RM 255

- 2.1 KM from UTM KL

 

4) Kuala Lumpur International Hotel (www.klitel.com.my)

- starts at RM 180

- 3.1 KM from UTM KL

 

5)  Cititel Exspress (www.cititelexpress.com/kl)

- Starts at RM 118

- 3.8 KM from UTM KL

 

6) Quality Hotel (www.quality.com.my)

- Starts at RM 159

- 4 KM from UTM KL

 

7) Vistana Hotel (www.vistanahotels.com)

- Starts at RM 265

- 4.1 km from UTM KL

 

8) Citrus Hotel (www.citrushotelkl.com)

- Starts at RM 113 ++

- 4.5 KM from UTM KL

 

9) Sunway Hotel & Resort (http://sunwayhotels.com/)

- starts at RM 200

- 4.9 KM from UTM KL ( Bersebelahan dengan Hentian Putra & PWTC)

 

10) Grand Pacific Hotel (www.grandpacifichotel-kualalumpur.com)

- Starts at RM 150

- 5.5 KM from UTM KL

 

11) Dynasty Hotel (www.dynasty.com.my)

- Starts at RM 150

- 5.6 KM from UTM KL

  • facebook-square
  • Twitter Square
  • vimeo-square
bottom of page