

SEMINAR WANITA KEBANGSAAN


Biodata Penceramah

Penceramah 1
​ Zainah Moktar, 48, ialah perunding kesihatan dan penulis serta penceramah tentang gaya hidup sihat. Beliau pernah berkhidmat selama 18 tahun sebagai doktor perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Menulis dua buku berjudul "Awet Muda: 7 Rahsia Kesihatan Holistik" dan "Modul Latihan Awet Muda - Kesihatan Holistik". Berkelulusan dari USM dan pernah mengikuti kursus di Harvard Medical School, Amerika Syarikat. Beliau ketika ini sedang menyiapkan disertasi PhD berkaitan dalam bidang Life Style Medicine.

Penceramah 2
​ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Penceramah 3
​ Hajjah Rohani binti Datuk Mohd Shahir dilahirkan pada tahun 1959 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau telah dibesarkan di merata-rata tempat memandangkan ayah beliau berkhidmat sebagai anggota polis. Mula mendapat pendidikan awal di Kelantan, seterusnya meneruskan pengajian sekolah menengah di Sekolah Convent Bukit Nanas. Hajjah Rohani telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sydney, Australia dan menamatkan ijazah dalam bidang Ekonomi, pengkhususan perakaunan pada tahun 1981.
Kini, Hajjah Rohani menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif di HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd (HSAG). Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan menawarkan khidmat latihan, nasihat dan perkhidmatan dalam lapangan Perbankan Islam, Kewangan, Takaful serta Pengurusan Kewangan Islam. Di samping itu, HIJRAH juga merupakan pelopor dalam membangunkan modul latihan yang berasaskan kepada Perancangan Kewangan Islam. Syarikat ini menawarkan latihan yang berupa kemahiran yang meliputi Motivasi Kewangan, Pembangunan Kumpulan Islamik serta kursus Pembangunan Diri.
Menyentuh sudut pengalaman, Hajjah Rohani telah memulakan karier dalam lapangan perbankan selama 9 tahun. Seterusnya, beliau menerima tawaran sebagai Pengurus Perakaunan dan Kawalan Kewangan di American Express. Seterusnya, beliau menjadi Pengarah Urusan fi syarikat pemgurusan aset Islam. Di samping itu, Hajjah Rohani turut menjadi Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management sebelum terlibat dengan HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd.

Pencermah 4
Tuan Musa Awang merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu. Pendidikan awal rendah di Sekolah Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu. Pendidikan menengah dia SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (1-3) dan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok Kuala Terengganu (4-6). 1994-1998 - Ijazah pertama Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Universiti Malaya Kuala Lumpur, pengkhususan dalam bidang undang-undang Syariah. 1999 - Diploma Lanjutan Syariah & Amalan Guaman (DSLP) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak Selangor. Beramal sebagai Peguam Syarie sejak 1998 sehingga sekarang. Juga diiktiraf sebagai Mediator Bertauliah oleh Accord Group, Sydney, Australia. Sekarang sebagai Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Untuk berhubung sila telefon SEKRETARIAT PGSM : 03-62057000 Sambungan 184. E-mail : maa46050@yahoo.com